Wednesday, March 2, 2011

:: MENYiNGKAP KEHIDUPAN IMAN SYAFI'E ::

IMAM SYAFIE : Nama sebenar Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Muththalibi Al-Quraisyi.
Beliau dilahirkan di Ghaza,Palestin pd thun 150 H,,tempat wafat di Hasyim nenekanda Rasulullah S.A.W.Ayahnya telah meninggal dunia ketika dia masih lg kanak2..Beliau diasuh,dijaga & dididik oleh ibunya..kehidupannya amat susah & sulit.ketika berusia 2 tahun beliau dibawa ke makkah & belajar di sana,sikapnya yg begitu mencintai ilmu mjadikan dia seorang yg rajin belajar & amat cerdas.

pada usianya 7 tahun,beliau sudah menghafal al-Quran,dan ketika usia 10 tahun,beliau menghafal pula Hadith2 "Al-Muwaththa"karangan Imam Malik..dia mrupakan salah seorang anak murid kpd Imam Malik.Setelah itu,apabila usia menjangkau 15 tahun,beliau telah diizinkan mmberi fatwa.

di antara gurunya di Makkah,Soufyan bin Uyainah & mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji..setelah itu,ketika berusia 20 tahun,Imam As-Syafi'e telah berpindah ke madinah bagi memperdalamkan ilmunya dgn bergurukan Imam Malik.kemudian beliau berangkat pula ke iraq,di sana dia menemui sahabat2 Abu Hanifah & mgambil ilmu dr mereka,id samping mneruskan pengembaraannya utk mencari ilmu di bberapa tempat yg lain sperti Parsi,Iraq bhgian Utara & berbgai negara lain lg..

sesudah 2 tahun mengembara,menetap di Madinah slama 2tahun,yakni pd tahun 172-174 H,dr prjalanan tempoh inilah,beliau memeproleh byk ilmu pengetahuan & pgalaman terutama mgenai masalah kehidupan & tabiat manusia yg sebenar..seterusnya pd 195 H,berpindah ke Baghdad,mengajar & mgarang beberapa kitab,dan selama di situ jugalah telah ramai orang berpindah mazhab kepadanya.pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dgn "Qaul Qadim" ( pendapat lama ).

beliau juga pernah ke mesir adan memperdalam ilmunya di Universiti Al-Azhar,Kaherah.pendapat & fatwanya selama di mesir dinamakan pula "Qaul Jadid" ( pendapat baru )..beberapa alim ulama menuangkan buah fikirannya dlm brbagai kitab pgetahuan.di antara yg terkenal mgutip ilmunya,seperti Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam,Abu Ibrahim Ismail & A-Rabi'.

Imam As-Syafie adalah seorang imam mujtahid yg banyak diikuti alim-ulama,wali yg sOleh,seorang suku Quraisy yg amat dalam ilmu pgetahuannya,terutama mgenai Hadith..beliaulah yg dimaksudkan oleh
Rasulullah S.A.W dgn sabdanya:
" Dialah org alim dari suku Quraisy yg ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi,"...... SUBHANALLAH!!...

Ia pernah melihat Nabi S.A.W dan Rausullah memberinya sebuah neraca.peristiwa ini ditafsirkan org bhawa mazhabnya adlh paling adil di antara semua mazhab,& lbh sesuai dgn sunnah.Mazhabnya tersebar luas d'seluruh dunia,trutama dunia bhagian timur sperti dataran rendah Mesir,Palestin,Kurdistan dan Armenia.sbhgian ahli sunnah di Parsi bermazhab syafi'e.dmikian pula penganut mazhabnya byk tersebar di Sri Lanka,Philipina,Indonesia,India,Cina,Australia Dan Yaman.

Imam Ahmad menyatakan bhwa Syafi'e mmbahagi malam itu kpd 3 bhgian :
-sepertiga utk sOlat ( ibadah )..sepertiga utk ilmu & sepertiga utk tidur..Dlm sehari smlm mmbaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan ramadhan dua kali khatam,semuanya itu dibaca dlm solat.

Imam Syafi'e pernah berkata :" Aku tdk pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun,kerana byk makan itu akan mmberatkan badan,mengeraskan hati,mengurangi kecerdasan,menumpulkan otak,mmbawa kpd tidur & melemahkan kmahuan utk beribadah.Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup.baik utk kebenaran mahupun tidak"

Ditanya org bberapa mslh,kdg2 beliau diam,tdk berkata sepatah pun.Dan ketika ditanya org,knp diam,Syafi'e mjawab :"Aku diam sampai aku tahu mana yg lbh baik diam atau bercakap."Doanya makbul & tdk pernah diketahui org bhawa ia tdk pernah mmbuat dosa kecil ataupun dosa." Wallahu'alam..

akhirnya beliau wafat pada waktu asar,hari Jumaat bulan Rejab 204 H & dikebumikan di Qarafah.bbrapa tahun kemudian,org ingin memindahkan jenazahnya ke Baghdad,ttp ktika kuburnya dibongkar,terciumlah bau yg harum dr dlmnya shgga pmindahan jenazahnya itu dibatalkan.

~~itulah sebuah perkongsian utk kita semua ttg kisah suri teladan tokoh terkenal islam dunia Imam As-Syafi'e yg telah byk meninggalkan jasa & kebajikan kpd kita semua,semangat beliau dlm mencari ilmu,semoga mjadi pembakar smgt kpd kita agar kita tahu bhawa khidupan ini sebenarnya adlh sebuah perjuangan,dan perjalanan kita tdk dlm mecari & meneroka ilmu di muka bumi ini xakan pernah putus slg mana nyawa diizinkan oleh Allah S.W.T utk kita terus berada lg di bumi Allah ini.

sabda Rasulullah S.A.W:"Tuntutlah ilmu walau ke negara cina sekalipun"

wallahu'alam..semoga mjadi iktibar buat diri ana juga,dan juga kpd semua teman2 seperjuangan ana yg dahagakan ilmu pgetahuan~insyaAllah~


No comments:

Post a Comment