Monday, April 25, 2011

::Menyemai SifaT Pemaaf dalaM diri::

Saidatina Aisyah menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapapun, baik kepada isteri Baginda mahupun pembantu Baginda, kecuali ketika berperang di jalan Allah. Dan Baginda tidak pernah membalas sedikitpun kepada sesiapa yang menyakiti hatinya, kecuali dalam perkara larangan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW adalah contoh terbaik kerana sifat mahmudah terserlah pada diri Baginda yang tidak pernah menunjukkan rasa marah hatta jauh sekali menyimpan perasaan dendam dalam hati sekalipun pelbagai cara dilakukan orang kafir dan Yahudi yang mengguris perasaan Baginda.


Antara kisah paling masyhur mengenai sifat mulia Baginda ialah ketika Nabi Muhammad diracun seorang perempuan Yahudi. Walaupun sahabat iaitu Bisyir bin Barra meninggal dunia selepas memakan daging kambing diberikan perempuan itu, namun Rasulullah tetap memaafkan kesalahannya malah berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan hidayah hingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.


Walaupun sebagai manusia biasa diakui sukarnya untuk memadamkan rasa marah dan benci dalam hati, namun andai bertekad untuk menjirus api nafsu amarah daripada terus membakar emosi, sifat memaafkan mampu memadamkan bara dinyalakan syaitan yang ingin terus melihat manusia bergaduh sesama sendiri.


Oleh itu, marilah bersama mentarbiahkan diri dengan menjinakkan lidah untuk mengucap kemaafan sementara tangan menghulurkan salam kemaafan kepada sesiapapun tidak kira sebesar mana kesalahan kerana dalam sifat pemaaf terkandung keberkatan dan kemuliaan yang tinggi.


Yakinlah, jika kita bersedia memberi kemaafan kepada seseorang nescaya orang juga bersedia memaafkan keterlanjuran kita. Marilah buang segala sifat mazmumah supaya perasaan sakit hati, benci dan marah dapat dijauhi.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Wednesday, April 20, 2011

Kenangan Bersama anak2 Muridku

 Alhamdulillah....akhirnya diberi juga pluang utk aq rasa pluang mgajar quran budak2 nie..huhu..nama tempat aq mgajar Pusat Quran Imtiyaz.
  hemm...wlaupun sebulan setengah jer aq kerja...tp,syukur seronok juga...main dgn budak2 nie....
kena byk bersbar la..budak2 la katakan,kerenah byk...huhuk...
tp agak penat jugak cz kena keje dua sesi,petang & malam...huh..

 tp semangat utk keje sementara aq xkesah la...dapat kenal dgn kak yah,kak nah yg cukup sporting...hehe...
anak2 murid pun comel2 sumer...aq mgajar kuliah 3,ajar budak2 yg bru nak cuba kenal huruf2 quran..ataupun qira'ati...mse awal2 tu kna jugak mgjar klas kuliah 1...yg tu,klas budak2 yg da blh baca lancar quran...bak kata semua kuliah aq diberi pluang merasai pgalaman...=)


 
EMY & IRDINA
haaa....niela anak2 murid aq yg paling comel sekali...:D...mula2 ingatkan adik beradik..huhu....maklumla,ada kesamaan kan?!! hehe...
emy nie anak kepada cikgu yg mengajar aq memandu kat institusi memandu tahun lpas...baru kenal anak dia rupanya...haha... pandai budak nie mgaji..wlaupun umur baru jer 4tahun...=)
semOga mjadi anak yg sOlehah.....(^_^)



QISTINA,EFFAH,ALIA & SAFFA
         yg ini pulak diva budak klas aq....hahak...xdela,mksudnya budak yg antara ceria sekali dlm kelas,mudah dididik...huhu...yg paling rapat sekali dgn ustazah dia nie,hehe....yg pakai tudung oren dua2 tu....itulah budak yg rapat dgn aq dan dgr kata ustazah dia...:p



hemmm...nak kata pgalaman byk tu xdela...cz aq keje pn sebulan lebih jer...=(  masa xmgizinkan aq utk berada lama bersama dgn anak2 murid aq nie...tp aq suka dapat mgajar budak,seronok sgt...
   kerja sbg murabbi nie adlh satu kerja yg mulia..disamping kita bekerja juga bemaksud kita beramal...kita mgajar anak2 yg juga bakal menjadi murabbi seperti kita sekarang...mana tahu kan..!! tp hakikat khidupan kita walaupun kita xditittle kan sbg guru/ustazah/cikgu ker...kita juga tetap diangap sbg murabbi yg sentiasa cuba utk mengajar kepada insan lain...pendidik kepada insan yg memerlukan didikan....walaupun ia adlh rakan di sisi kita ataupun keluarga kita sendiri..=)

HAIKAL,MUAZ & ADAM

3 orang jejaka macho nie,cerdik tp nakal btol...klau bak main dlm kelas,mmg suka...tp budak bagus,kerja klau disuruh buat jer...budak2 katakan...yg kat depan tu,baju kuning,anak kpd ustazah ana...ustazah masa di saniah dulu,namanya ustazah Norliza...kdg2 tu,time mood ''jurus''dia mari,mmg diam jer buat keje,sampaikan sggup duduk blkg sorg2 xnak la diganggu kwn2 yg lain,nak buat kerja ustazah kat depan...huhu...tp kdg2 dia la hero WWF dalam klas aq....hahaha....budak2 :D                   
   

budak2 sesi petang~~





       



             inilah sedikit kenangan aq dgn budak2 kat pusat Imtiyaz nie...semOga mereka semua menjadi anak2 yg sOleh dan solehah semuanya...walaupun pengalaman itu hanya sementara yg dapat aq rasa namun ia mampu menjadi sebuah coretan kisah sepanjang kehidupan aq..menjadi kenangan yg berpanjangan selamanya...hehe..=)