Sunday, March 6, 2011

:: Apabila Alam Berbahasa ::

''aku memerhatikan gelagat manusia yg kdg2 menjengkelkan,yg tdk pernah puas dgn nikmat2 yg ada..''.angin,awan,matahari,tanah,laut serta sgla alam semesta semakin hari semakin berani utk mula berbahasa..namun ketamakan manusia xpernah cuba utk mendengar & memahami luahan alam.

 perasaan beringin semakin membuak melihat perangai,tingkah laku anak2 muda yg ini yg xsegan silu,berasmara dana di bwh celahan rimbunan dedaun lebat...''ahhh,seandai aku nie bukan pohon beringin yg tua kaku,pasti shj aku sudah dapatkan anak muda ini,menghukum sepuas2nya.'' keluh beringin..''tidakkah dia berasa malu dgn Sang pencipta??!! ''hah,dgn aku,dgn org di sekelilingnya shj dia sdh tdk segan silu,apatah lg dgn sang pencipta,malah dinilai aku yg kaku yg xdapat nak dilihat perasaannya scra zahir'' ....''apa mereka tidak tahukah aku juga makhluk-Nya,juga memilki perasaan..andai suara aku biasa didengar oleh mereka,mungkin shj kesucianku terjaga..aduhh,terasa pula diri ini hina,menjadi tempat maksiat,tmpt anak2 muda seperti ini melepaskan nafsu mereka,''apakan daya aku,aku hanya makhluk yg tdk punya akal,tdk seperti manusia,Allah menganugerahkan akal kpd mereka ttp knp mereka tdk blh berfikir?? gagalnya manusia menerima semua itu..''

   apakah yg terjadi dgn jiwa manusia pd zaman ini??adakah perasaan & akal mereka sdh dicemari oleh teknologi yg dicipta oleh otak mereka sendiri?! hati beringin bermonolog sendirian..sambil merasai bayu2 angin yg bertiup menolak daun2 pepohonan kdg2 ke kiri,kdg2 ke kanan...hemm,terubat juga hati beringin dgn kelembutan angin..''terima kasih angin,kau memberi aku ketenangan''..kata beringin kpd angin dgn nada sayu..
  ''kamu knp beringin,kelihatan jauh termenung,seolah2 ada sesuatu yg meruncingkan fikiranmu,shgga aku dibiarkan tanpa teman berbicara??!! ''..angin mula memecah suaranya...hemm,beringin terdiam seketika,berfikir andai persoalan ini juga dpt disuarakan kpd angin..

        ''aku lagi memikirkan hal manusia''aku terdiam di situ..entah bagaimana utk memulakan...
''utk apa kita memikirkan urusan mereka,kita juga sdh ada khidupan kita,lagipun mereka juga tidak pernah peduli urusan kita'' manusia hanya myakitkan jika dibawa fikir...knp tidak shj kita nikmati khudapan kita yg aku rasa lbh baik dr mereka"!! kata angin..

 ''iya..'' tp apa yg aku fikirkan ialah kesan kpd khidupan kita semua..''aku bimbang khidupan mereka sbgai alam akan dkunyah lumat  oleh ketamakan manusia lantas khidupan mreka pun semakin terancam hari demi hari'' manusia semakin rakus,semakin lupa agama mereka,semakin lupa tujuan hidup mereka,entah ke mana ilmu agama yg mereka pelajari,kerana itu mereka semakin meminggirkan pgetahuan agama yg dimiliki,shgga terlupa pada tanah janji '' keluh beringin tua kpd angin agar angin juga dpt merasai perasaannya sambil didengar juga oleh alam2 yg lain.

  ''aku tahu,dunia kini banyak berubah..sudah uzur mungkin..aku juga kini sudah sukar utk merempuh gumpalan awan2 gebu dek kerana dihalang oleh kepulan asap2 hitam yg ditumpahakn oleh kilang2 & kenderaan hasil ciptaan manusia juga '' namun kau lebih beruntung kerana kau telah lama hidup,& tdk mengalami ganguan seperti aku.jgnlah kau gusar krn kehidupanku lbh terancam dari kamu '' kata angin tanpa berfikir panjang..

tidak...kau lihat sajalah keadaan aku.''aku hanyalah sebatang pohon beringin yg tua,yg tggal sbtg kara tanpa pohon2 lain di sekelilingku.jika ada pun,hanyalah tggal pohon2 kecil di bwahku.aku hanya pohon tunggal di sini '' ahli keluargaku sudah semua habis dipenggal manusia sebagai korban arus pembangunan.banyak pohon2 dimusnahkan,akibatnya kamu blh lihat,cuaca semakin panas kini..'' dunia semakin terancam,kepanasan suhu bumi semakin meningkat,akan mungkin akan mati nanti''..keluh beringin lagi..
 ''aku pasti akan kehilangan tempat aku sebagai tempat habitat haiwan seperti burung,atau tupai suatu hari nanti..juga bimbang sekiranya aku tdk dapat lg menikmati keindahan suasana ditemani nyanyian burung di atas dahan2 ku yg keras ini '' tambah beringin lagi..
mendengar keluhan hati beringin,awan menjadi sayu,sedih tiba2..perasaan bakal kehilangan sahabatnya mula menyelubungi segenap perasaan angin..dia mula berasa serba salah krn melontarkan persoalan bhwa khidupan beringin itu lbh baik drnya..ttp,ternyata ada jwapan yg lbh masuk akal yg memang benar2 menjadi kebimbangan Beringin..
 ''janganlah kau berkata begitu,engkau sahabat aku..tanah,matahari,laut,awan..kamu semua sahabatku!! kita adalah teman seperjuangan yg telah sama2 melalui masa2 silam bersama,sama2 memerlukan dalam hidup ini..tanpamu Beringin,ke mana lagi harus aku singgah utk membawa kelembutan anginku ini..??''aku sayangkan teman2 ku..!!

  ''apa yg kamu berdua bualkan sehinggakan aku terdengar sayup2 suara angin berdesir panjang?'' apa kamu berdua berselisih faham wahai angin & beringin??'' tiba2 sang matahari datang menyapa perbualan mereka apabila terasa ada sesuatu yg penting dibualkan oleh mereka berdua.

 ''tidaklah matahari,aku sedang meluahkan rasa khuatir aku kpd Beringin ini yg merasakan diri dia sudah tdk lama lagi'' sejak tadi dia asyik menyatakan rasa kesal & bimbang akan perlakuan manusia dewasa ini'' jawab angin kpd matahari.
    ''ohh...nampaknya kita semua merasakan diri masing2 diancam oleh golongan manusia.'' kata matahari..
maksud kamu apa wahai matahari??'' tanya angin yg merasakan masalah dia & Beringin itu seperti sudah diperbincangkan.

  ''baru sahaja tadi laut meluahkan kekesalannya padaku terhadap sikap manusia yg tdk bertanggunjawab mmbuang sampah,sisa2 toksik dari kilang & plbagai lg sampah yg dibuang yg menyebabkan kini dia semakin hari semakin sakit,semakin bertambah keuzurannya.'' kebelakangan ini,kesihatannya agak terjejas kerana terpaksa berkongsi tempat dgn sisa2 pembuangan yg melancarkan pengaliran air & menjejaskan wajahnya yg dahulu wajah jernihnya yg tenang & mendamaikan..!! hatinya dibaluti kesedihan apabila melihat teman2 yg dijaganya seperti ikan & kehidupan laut yg lain mati akibat dr pembuangan sisa2 oleh manusia2 yg tdk bertanggunjawab itu.''

 ''aku juga lemas,wahai matahari.hampir setiap hari aku berlinang dgn darah manusia.samada yg mati dlm kancah peperangan atau kemalangan jln raya..semuanya aku saksikan!!..sbhgian tubuhku hancur terhambur naik ke ats takkala bedilan senjata seperti bom nuklear ciptaan manusia menusuk ke tubuhku.''
   ..''mereka asyik berantakan sesama sendiri..krn ketamakan dunia..yg tdk bersalah menjadi mangsa kekejaman  manusia yg berhati hitam.masing2 mempamerkan kesombongan shgga lupa ada yg Maha Hebat lg!!...
        ''suara2 tangisan,serpihan2 tubuh yg terpisah dr mereka yg tdk berdosa,memilukan hati aku..'' tak tahan aku menyaksikannya..terasa panas sekali tubuhku dicurah darah2 manusia yg tdk berdosa!!'' begitu pula dgn cerita kemlangan,sikap ego,tidak mahu mengalah,terus-terusan bermaharajalela di jalanan..kecuaian manusia myebabkan byk nyawa2 yg berharga melayang begitu shj''

mendengar keluhan tanah itu,perasaan angin,Beringin,matahari,awan mula  membelah jaluran fikiran mereka.berfikir akan masalah yg menimpa diri masing2.
 ~angin mula berhenti membelai lembut,matahari mula meredupkan sinarnya,Beringin mula menegakkan pohonnya,tanah membisu seribu bahasa~
   suatu ketika dahulu,nenek moyang manusia sering mjadikn alam sbg sumber inspirasi dlm khdupan mreka.alam semesta dihargai,dipuji dlm puisi atau lagu..ttp apabila cicit piut mereka pula diberi giliran utk menghuni dunia,kepentingan alam tdk dihargai lagi..kehidupan kini kembali kpd khidupan zaman kejahilan yg lalu..apa perlukah alam melutut menunduk kpd manusia meminta scebis pengertian??






''tidakk...alam tidak akan melutut kpd manusia yg merosakkan bumi Allah ini..malah alam sendiri akan mengajar manusia erti pengertian yg sebenar,,alam akan mengajar manusia erti kehidupan yg sebenar..

  dalam suasana sayu & masing2 sdg memikirkan nasib masing2..dtg tiba2 bberapa manusia mengelilingi Beringin tua sambil mengetuk2 kulitnya..matahari,awan,angin,laut & tanah hanya melihat gelagat manusia tersebut..kali ini fikiran mereka bermain persoalan baru akan tujuan manusia itu dtg ke tempat Beringin tua tersebut.kelihatan manusia itu mmbawa sebuah mesin pemotong pokok besar bersama mereka.Beringin pernah melihat benda itu takkala menyaksikan rakan2 nya yg lain tumpas menyembah bumi kerana mesin durjana tersebut...tertanya dlm hati Beringin ''adakah hari ini giliran aku pula utk ditumbangkan??setelah beratus2 tahun ia menjadi pghuni dunia??''

masing-masing berdoa agar Beringin tdk tumpas ke tangan manusia seperti rakan2 mereka yg lain..mereka tdk mahu kehilangan Beringin.Beringinlah tempat mereka merujuk sebarang masalah,lantaran Beringin tua itu telah banyak menyaksikan plbagai peristiwa dlm jangka kurun waktu berkurun2 lamanya,terlalu banyak asam garam yg dia telah tempuhi.Ya Tuhan,sekalian alam tdk mahu kehilangan Beringin..!!
mesin pemotong pokok mula bersuara,dan bersedia menjalankan kewajipannya kpd manusia..dengan penuh ketelitian,mesin itu perlahan2 menghampiri Beringin.ketika ini,Beringin sudah mendapat jawapannya & dia mula pasrah dan redha terhadap apa yg akan berlaku pdnya sbentar lg walau hatinya tahu kesakitan yg dia bakal rasai sebentar lg..sedikit demi sedikit,mesin itu memasuki tubuh Beringin tua itu..kesakitan semakin menusuk..terasa perit mencengkam segenap tubuhnya takkala besi yg tajam itu menghiris kulitnya hgga k dalam.
  sekian alam menyaksikan & mendengar jeritan Beringin yg menangis sayu..
    semua burnug yg menumpang di tubuh beringin lari bertempiaran..laut mula bergelora..ombak mula berebut2 berlari ke pesisir pantai..angin bertiup kencang..matahari semakinmemacarkan sinarnya.

setelah beberapa minit bertarung maut dgn besi pemotong itu,akhirnya Beringin tumbang tersungkur ke bumi..Beringin terhempas sujud di kaki takdir..kini segala sekalian alam mula merasai kehilangan Beringin.kemarahan alam mula terzahir...kini tiada lagi belas kasihan yg harus diberi kpd manusia yg rakus,yg tamak ini!!
  ''aku rasa manusia harus diberi pgajaran! sudahlah kkuasaan Ilahi dinafikan ssuka hati,dibunuhnya pula ciptaan Allah sewenang-wenangnya''bagaikan dunia ini tiada pencipta...nampaknya mereka sudah lupa bhwa siapa yg selama ini mmbekalkan gas Oksigen dan mjadi teduhan kpd mereka & binatang lain!! ''kata matahari dgn perasaan yg marah dan tidak berpuas hati...

masing2 bersetuju...manusia sepatutnya sedar bhwa tindakan mereka ini telah terlalu dibawa oleh kemodenan yg tdk terbatas.pohon2 yg rimbun mengindah pandangan diganti dgn bangunan konkrit yg semakin hari semakin bertambah jumlahnya..inilah akibatnya apabila bertuhankan nafsu!!! kata angin dgn geram''
    ''semakin kita berdiam diri,semakin mereka mengambil kesempatan ke atas kita.mereka harus merasai akibat drpd perbuatan mereka sendiri setelah mereka sekian lama mendera perasaan kita tanpa rasa belas dan kasihan'' jawab laut tiba-tiba.
 ''iya...inilah masa kita tunjukkan kpd mereka sebelum ramai lg kawan2 kita menjadi mangsa ketamakan manusia ini selepas kematian rakan baik kita,Beringin.'' tanah menyuarakan pendapatnya..

tanpa membuang masa,gumpalan awam mula menipiskan tebalnya..cahaya matahari semakin memancarkan sinarnya..hari berganting hari,bongkah ais di Antartika mula mencair menjadikan paras air yg meninggi di laut.Laut pula menghasilkan tekanan tinggi smentara plat tanah di dasarnya saling berlanggaran hgga membina bergulung2 ombak besar yg akhirnya menghempas pantai dan meneggelamkan bberapa kwasan rendah di dunia.
 
 di kawasan lain pula,tanak mula memuntahkan larvanya melalui gunug-gunung berapi yg letupannya mggerakkan dunia.cairan lava meleburkan segala harta yg diimpikan manusia..segalanya musnah...gempa bumi,gegaran yg berlaku juga menghancurkan segala harta manusia.

 angin pula menggulungkan dirinya dengan besar,tingginya mencecah dari tanah ke langit menzahirkan kemarahannya kpd manusia yg durjana..sbhagian dunia ditarik angin beliung,habis musnah harta benda yg dicari....hah,manusia yg kononya berkuasa hya mampu melihat dgn bola mata mereka menonton lakonan alam yg begitu hebat..harta benda yg mereka sayangi terbang ke sana sini,,yg tidak berdosa,menjadi mangsa.
Biarlah mereka sedar bhwa tiada yg kekal di dunia ini,segala nikmat yg mereka peroleh,hanyalah sementara agar mereka bersyukur,,namun,kealpaan,ketamakan manusia,memakan diri mereka sendiri..penyesalan hanya tggal sejarah agar menjadi pedoman buat yg lain.

  begitulah yg berlaku apabila alam mula bersatu.Turut berlaku fenomena yg tdk menentu dan kdg2 tdk dapat djangka oleh manusia..inilah peringatan alam kpd manusia agar tdk bertindak bukan menurut nafsu.ttp mgajar mereka agar kembali ke pgkuan Ilahi,dan mengejar kekayaan dan kebahagiaan hakiki,bukan kebahagiaan yg sementara ini...hasilnya,kebahgiaan yg diperoleh  musnah serta-merta tanpa kerelaan...
alam bukan sengaja ingin menyusahkan manusia dgn bencana2 seperti ini..ttp ingin mengingatkan manusia apa yg perlu serta meluahkan kekesalan.apatah lg apabila terbayangkan kematian Beringin yg menyentap setiap jiwa ini yg tdk dapat dilihat oleh pancaindera manusia..''angin bermonolog sendirian..


sesungguhnya apa yg berlaku,apa yg telah alam bahaskan mengandungi hikmat di sebaliknya..manusia yg terselamat hanya mengalirkan air mata meratapi apa yg berlaku..tidak mampu utk berkata,hanya mampu melihat telatah alam..

setelah beberapa ketika alam menyepi,tenang..dan manusia mula terasa kekesalannya,namun alam tidk mampu berpatah balik..yg terjadi,biarlah berlaku,sebagai bukti,sebgai peringatan dr yg Maha Kuasa..kelihatan seorang lelaki berambut panjang dgn pakainnya yg santai perlahan2 berjalan di pesisiran pantai,sambil melihat menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan.hati tersentuh dgn kejadian2 yg berlaku di sekeliling,namun tetap mengagumi lukisan semula jadi alam semesta..kelihatan dia berfikir,dan menghayati keindahan sekelilingnya sambil di tangannya tergenggam kemas sebuah gitar..sejenak,dia melabuhkan dirinya di sebatang pohon rendang beralaskan sebatang tunggul yg usang..ttp kali ini bukanlah Beringin tua lagi,yg ada hanyalah pewaris2 yg sedang juga meniti usia nya,atau apakah yg juga bakal menerima nasib yg sama seperti Beringin tua serta kwn2 yg lain yg sudahpun tewas di tangan manusia...

 terdengar lelaki itu merinaikan sebuah lagu yg penuh perasaan sambil memetik gitarnya dgn lagu yg begitu menyayat hati....Matahari,awan,angin,laut,tanah dan alam semesta yg lain tumpang mendengar lagu yg dinyanyikan oleh lelaki itu...semua terdiam menghayati lirik2 yg didendangkan...penuh pengertian,penuh maknanya...
      ''...bapa ibunya telah lama mati,,ditelan bencana tanah ini...
          sesampainya di laut ku khabarkan semuanya...
         kepada karang,kepada Ombak,kepada matahari...
        tetapi semua diam,tetapi semuanya bisu..
       tinggal aku sendiri terpaku menatap langit...

       barangkali di sana ada jawabnya..
       mengapa di tanahku terjadi bencana...
      mungkin Tuhan mulai bosan,melihat tingkah kita...
      yang sering salah serta bangga dengan dosa2...
     atau alam mulai enggan..bersahabat dengan kita..
    cuba kita bertanya pada rumput yg bergoyang...

matahari,laut,awam,tanah dan alam semesta yg lain memandang sama sendiri selepas mendengar lagu lelaki itu...terasa bersalah menyelinap perasaan mereka takkala memikir kepayahan manusia menanggung beban bencana yg diluahkan oleh lelaki tersebut melalui liriknya.Lantas angin menghembuskan bayunya yg lembut menerobos shgga ke dalam sukma lelaki itu juga buat manusia yg lain..sbg bukti bhwa alam masih syangkan kita,juga sbg bukti Allah masih sygkan hambaNya...
perasaan bersalah menyelinap ke dalam jiwa matahari...''sudahlah,jgnlah kita merasa bersalah dgn apa yg berlaku,kita ini juga dikawal oleh Tuhan kerana kita juga adalah hambaNya..percayalah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,adlah ketentuan dan kehendak yg Maha Esa,pasti ada pengajaran dan nasihat yg ingin disampaikan oleh pencipta kita.Ssghnya Dia lebih tahu apa yg Dia lakukan dan apa yg berlaku ke atas hambaNya '' Laut memberi komentarnya agar rakan2 nya yg lain tdk merasakan terlalu bersalah.

seluruh alam berdiam diri..masing2 berharap agar alam akan menjadi lebih baik dan pulih seperti sediakala.
''wahai khalifah Allah,bersyukurlah kamu hidup di ats muka bumi Allah ini..bertindaklah sebaik2 kejadian.jgnlah mengikut nafsumu..jgnlah terlalu mengejar kemewahan dunia yg xpasti..kerana di tanah janji masih ada kemewahan yg kekal abadi'' dan apa yg berlaku dr kecuaian manusia sendiri adalah apabila ''Alam Mula Berbahasa''
                                                                                                                                       
           




2 comments:

  1. salam ziarah...selamat dtg ke dunia bloging..teruskan berkongsi maklumat kt sni...semoga kte smua dpt manfaatnya...

    ReplyDelete