Sunday, March 6, 2011

:: Apabila Alam Berbahasa ::

''aku memerhatikan gelagat manusia yg kdg2 menjengkelkan,yg tdk pernah puas dgn nikmat2 yg ada..''.angin,awan,matahari,tanah,laut serta sgla alam semesta semakin hari semakin berani utk mula berbahasa..namun ketamakan manusia xpernah cuba utk mendengar & memahami luahan alam.

 perasaan beringin semakin membuak melihat perangai,tingkah laku anak2 muda yg ini yg xsegan silu,berasmara dana di bwh celahan rimbunan dedaun lebat...''ahhh,seandai aku nie bukan pohon beringin yg tua kaku,pasti shj aku sudah dapatkan anak muda ini,menghukum sepuas2nya.'' keluh beringin..''tidakkah dia berasa malu dgn Sang pencipta??!! ''hah,dgn aku,dgn org di sekelilingnya shj dia sdh tdk segan silu,apatah lg dgn sang pencipta,malah dinilai aku yg kaku yg xdapat nak dilihat perasaannya scra zahir'' ....''apa mereka tidak tahukah aku juga makhluk-Nya,juga memilki perasaan..andai suara aku biasa didengar oleh mereka,mungkin shj kesucianku terjaga..aduhh,terasa pula diri ini hina,menjadi tempat maksiat,tmpt anak2 muda seperti ini melepaskan nafsu mereka,''apakan daya aku,aku hanya makhluk yg tdk punya akal,tdk seperti manusia,Allah menganugerahkan akal kpd mereka ttp knp mereka tdk blh berfikir?? gagalnya manusia menerima semua itu..''

   apakah yg terjadi dgn jiwa manusia pd zaman ini??adakah perasaan & akal mereka sdh dicemari oleh teknologi yg dicipta oleh otak mereka sendiri?! hati beringin bermonolog sendirian..sambil merasai bayu2 angin yg bertiup menolak daun2 pepohonan kdg2 ke kiri,kdg2 ke kanan...hemm,terubat juga hati beringin dgn kelembutan angin..''terima kasih angin,kau memberi aku ketenangan''..kata beringin kpd angin dgn nada sayu..
  ''kamu knp beringin,kelihatan jauh termenung,seolah2 ada sesuatu yg meruncingkan fikiranmu,shgga aku dibiarkan tanpa teman berbicara??!! ''..angin mula memecah suaranya...hemm,beringin terdiam seketika,berfikir andai persoalan ini juga dpt disuarakan kpd angin..

        ''aku lagi memikirkan hal manusia''aku terdiam di situ..entah bagaimana utk memulakan...
''utk apa kita memikirkan urusan mereka,kita juga sdh ada khidupan kita,lagipun mereka juga tidak pernah peduli urusan kita'' manusia hanya myakitkan jika dibawa fikir...knp tidak shj kita nikmati khudapan kita yg aku rasa lbh baik dr mereka"!! kata angin..

 ''iya..'' tp apa yg aku fikirkan ialah kesan kpd khidupan kita semua..''aku bimbang khidupan mereka sbgai alam akan dkunyah lumat  oleh ketamakan manusia lantas khidupan mreka pun semakin terancam hari demi hari'' manusia semakin rakus,semakin lupa agama mereka,semakin lupa tujuan hidup mereka,entah ke mana ilmu agama yg mereka pelajari,kerana itu mereka semakin meminggirkan pgetahuan agama yg dimiliki,shgga terlupa pada tanah janji '' keluh beringin tua kpd angin agar angin juga dpt merasai perasaannya sambil didengar juga oleh alam2 yg lain.

  ''aku tahu,dunia kini banyak berubah..sudah uzur mungkin..aku juga kini sudah sukar utk merempuh gumpalan awan2 gebu dek kerana dihalang oleh kepulan asap2 hitam yg ditumpahakn oleh kilang2 & kenderaan hasil ciptaan manusia juga '' namun kau lebih beruntung kerana kau telah lama hidup,& tdk mengalami ganguan seperti aku.jgnlah kau gusar krn kehidupanku lbh terancam dari kamu '' kata angin tanpa berfikir panjang..

tidak...kau lihat sajalah keadaan aku.''aku hanyalah sebatang pohon beringin yg tua,yg tggal sbtg kara tanpa pohon2 lain di sekelilingku.jika ada pun,hanyalah tggal pohon2 kecil di bwahku.aku hanya pohon tunggal di sini '' ahli keluargaku sudah semua habis dipenggal manusia sebagai korban arus pembangunan.banyak pohon2 dimusnahkan,akibatnya kamu blh lihat,cuaca semakin panas kini..'' dunia semakin terancam,kepanasan suhu bumi semakin meningkat,akan mungkin akan mati nanti''..keluh beringin lagi..
 ''aku pasti akan kehilangan tempat aku sebagai tempat habitat haiwan seperti burung,atau tupai suatu hari nanti..juga bimbang sekiranya aku tdk dapat lg menikmati keindahan suasana ditemani nyanyian burung di atas dahan2 ku yg keras ini '' tambah beringin lagi..
mendengar keluhan hati beringin,awan menjadi sayu,sedih tiba2..perasaan bakal kehilangan sahabatnya mula menyelubungi segenap perasaan angin..dia mula berasa serba salah krn melontarkan persoalan bhwa khidupan beringin itu lbh baik drnya..ttp,ternyata ada jwapan yg lbh masuk akal yg memang benar2 menjadi kebimbangan Beringin..
 ''janganlah kau berkata begitu,engkau sahabat aku..tanah,matahari,laut,awan..kamu semua sahabatku!! kita adalah teman seperjuangan yg telah sama2 melalui masa2 silam bersama,sama2 memerlukan dalam hidup ini..tanpamu Beringin,ke mana lagi harus aku singgah utk membawa kelembutan anginku ini..??''aku sayangkan teman2 ku..!!

  ''apa yg kamu berdua bualkan sehinggakan aku terdengar sayup2 suara angin berdesir panjang?'' apa kamu berdua berselisih faham wahai angin & beringin??'' tiba2 sang matahari datang menyapa perbualan mereka apabila terasa ada sesuatu yg penting dibualkan oleh mereka berdua.

 ''tidaklah matahari,aku sedang meluahkan rasa khuatir aku kpd Beringin ini yg merasakan diri dia sudah tdk lama lagi'' sejak tadi dia asyik menyatakan rasa kesal & bimbang akan perlakuan manusia dewasa ini'' jawab angin kpd matahari.
    ''ohh...nampaknya kita semua merasakan diri masing2 diancam oleh golongan manusia.'' kata matahari..
maksud kamu apa wahai matahari??'' tanya angin yg merasakan masalah dia & Beringin itu seperti sudah diperbincangkan.

  ''baru sahaja tadi laut meluahkan kekesalannya padaku terhadap sikap manusia yg tdk bertanggunjawab mmbuang sampah,sisa2 toksik dari kilang & plbagai lg sampah yg dibuang yg menyebabkan kini dia semakin hari semakin sakit,semakin bertambah keuzurannya.'' kebelakangan ini,kesihatannya agak terjejas kerana terpaksa berkongsi tempat dgn sisa2 pembuangan yg melancarkan pengaliran air & menjejaskan wajahnya yg dahulu wajah jernihnya yg tenang & mendamaikan..!! hatinya dibaluti kesedihan apabila melihat teman2 yg dijaganya seperti ikan & kehidupan laut yg lain mati akibat dr pembuangan sisa2 oleh manusia2 yg tdk bertanggunjawab itu.''

 ''aku juga lemas,wahai matahari.hampir setiap hari aku berlinang dgn darah manusia.samada yg mati dlm kancah peperangan atau kemalangan jln raya..semuanya aku saksikan!!..sbhgian tubuhku hancur terhambur naik ke ats takkala bedilan senjata seperti bom nuklear ciptaan manusia menusuk ke tubuhku.''
   ..''mereka asyik berantakan sesama sendiri..krn ketamakan dunia..yg tdk bersalah menjadi mangsa kekejaman  manusia yg berhati hitam.masing2 mempamerkan kesombongan shgga lupa ada yg Maha Hebat lg!!...
        ''suara2 tangisan,serpihan2 tubuh yg terpisah dr mereka yg tdk berdosa,memilukan hati aku..'' tak tahan aku menyaksikannya..terasa panas sekali tubuhku dicurah darah2 manusia yg tdk berdosa!!'' begitu pula dgn cerita kemlangan,sikap ego,tidak mahu mengalah,terus-terusan bermaharajalela di jalanan..kecuaian manusia myebabkan byk nyawa2 yg berharga melayang begitu shj''

mendengar keluhan tanah itu,perasaan angin,Beringin,matahari,awan mula  membelah jaluran fikiran mereka.berfikir akan masalah yg menimpa diri masing2.
 ~angin mula berhenti membelai lembut,matahari mula meredupkan sinarnya,Beringin mula menegakkan pohonnya,tanah membisu seribu bahasa~
   suatu ketika dahulu,nenek moyang manusia sering mjadikn alam sbg sumber inspirasi dlm khdupan mreka.alam semesta dihargai,dipuji dlm puisi atau lagu..ttp apabila cicit piut mereka pula diberi giliran utk menghuni dunia,kepentingan alam tdk dihargai lagi..kehidupan kini kembali kpd khidupan zaman kejahilan yg lalu..apa perlukah alam melutut menunduk kpd manusia meminta scebis pengertian??






''tidakk...alam tidak akan melutut kpd manusia yg merosakkan bumi Allah ini..malah alam sendiri akan mengajar manusia erti pengertian yg sebenar,,alam akan mengajar manusia erti kehidupan yg sebenar..

  dalam suasana sayu & masing2 sdg memikirkan nasib masing2..dtg tiba2 bberapa manusia mengelilingi Beringin tua sambil mengetuk2 kulitnya..matahari,awan,angin,laut & tanah hanya melihat gelagat manusia tersebut..kali ini fikiran mereka bermain persoalan baru akan tujuan manusia itu dtg ke tempat Beringin tua tersebut.kelihatan manusia itu mmbawa sebuah mesin pemotong pokok besar bersama mereka.Beringin pernah melihat benda itu takkala menyaksikan rakan2 nya yg lain tumpas menyembah bumi kerana mesin durjana tersebut...tertanya dlm hati Beringin ''adakah hari ini giliran aku pula utk ditumbangkan??setelah beratus2 tahun ia menjadi pghuni dunia??''

masing-masing berdoa agar Beringin tdk tumpas ke tangan manusia seperti rakan2 mereka yg lain..mereka tdk mahu kehilangan Beringin.Beringinlah tempat mereka merujuk sebarang masalah,lantaran Beringin tua itu telah banyak menyaksikan plbagai peristiwa dlm jangka kurun waktu berkurun2 lamanya,terlalu banyak asam garam yg dia telah tempuhi.Ya Tuhan,sekalian alam tdk mahu kehilangan Beringin..!!
mesin pemotong pokok mula bersuara,dan bersedia menjalankan kewajipannya kpd manusia..dengan penuh ketelitian,mesin itu perlahan2 menghampiri Beringin.ketika ini,Beringin sudah mendapat jawapannya & dia mula pasrah dan redha terhadap apa yg akan berlaku pdnya sbentar lg walau hatinya tahu kesakitan yg dia bakal rasai sebentar lg..sedikit demi sedikit,mesin itu memasuki tubuh Beringin tua itu..kesakitan semakin menusuk..terasa perit mencengkam segenap tubuhnya takkala besi yg tajam itu menghiris kulitnya hgga k dalam.
  sekian alam menyaksikan & mendengar jeritan Beringin yg menangis sayu..
    semua burnug yg menumpang di tubuh beringin lari bertempiaran..laut mula bergelora..ombak mula berebut2 berlari ke pesisir pantai..angin bertiup kencang..matahari semakinmemacarkan sinarnya.

setelah beberapa minit bertarung maut dgn besi pemotong itu,akhirnya Beringin tumbang tersungkur ke bumi..Beringin terhempas sujud di kaki takdir..kini segala sekalian alam mula merasai kehilangan Beringin.kemarahan alam mula terzahir...kini tiada lagi belas kasihan yg harus diberi kpd manusia yg rakus,yg tamak ini!!
  ''aku rasa manusia harus diberi pgajaran! sudahlah kkuasaan Ilahi dinafikan ssuka hati,dibunuhnya pula ciptaan Allah sewenang-wenangnya''bagaikan dunia ini tiada pencipta...nampaknya mereka sudah lupa bhwa siapa yg selama ini mmbekalkan gas Oksigen dan mjadi teduhan kpd mereka & binatang lain!! ''kata matahari dgn perasaan yg marah dan tidak berpuas hati...

masing2 bersetuju...manusia sepatutnya sedar bhwa tindakan mereka ini telah terlalu dibawa oleh kemodenan yg tdk terbatas.pohon2 yg rimbun mengindah pandangan diganti dgn bangunan konkrit yg semakin hari semakin bertambah jumlahnya..inilah akibatnya apabila bertuhankan nafsu!!! kata angin dgn geram''
    ''semakin kita berdiam diri,semakin mereka mengambil kesempatan ke atas kita.mereka harus merasai akibat drpd perbuatan mereka sendiri setelah mereka sekian lama mendera perasaan kita tanpa rasa belas dan kasihan'' jawab laut tiba-tiba.
 ''iya...inilah masa kita tunjukkan kpd mereka sebelum ramai lg kawan2 kita menjadi mangsa ketamakan manusia ini selepas kematian rakan baik kita,Beringin.'' tanah menyuarakan pendapatnya..

tanpa membuang masa,gumpalan awam mula menipiskan tebalnya..cahaya matahari semakin memancarkan sinarnya..hari berganting hari,bongkah ais di Antartika mula mencair menjadikan paras air yg meninggi di laut.Laut pula menghasilkan tekanan tinggi smentara plat tanah di dasarnya saling berlanggaran hgga membina bergulung2 ombak besar yg akhirnya menghempas pantai dan meneggelamkan bberapa kwasan rendah di dunia.
 
 di kawasan lain pula,tanak mula memuntahkan larvanya melalui gunug-gunung berapi yg letupannya mggerakkan dunia.cairan lava meleburkan segala harta yg diimpikan manusia..segalanya musnah...gempa bumi,gegaran yg berlaku juga menghancurkan segala harta manusia.

 angin pula menggulungkan dirinya dengan besar,tingginya mencecah dari tanah ke langit menzahirkan kemarahannya kpd manusia yg durjana..sbhagian dunia ditarik angin beliung,habis musnah harta benda yg dicari....hah,manusia yg kononya berkuasa hya mampu melihat dgn bola mata mereka menonton lakonan alam yg begitu hebat..harta benda yg mereka sayangi terbang ke sana sini,,yg tidak berdosa,menjadi mangsa.
Biarlah mereka sedar bhwa tiada yg kekal di dunia ini,segala nikmat yg mereka peroleh,hanyalah sementara agar mereka bersyukur,,namun,kealpaan,ketamakan manusia,memakan diri mereka sendiri..penyesalan hanya tggal sejarah agar menjadi pedoman buat yg lain.

  begitulah yg berlaku apabila alam mula bersatu.Turut berlaku fenomena yg tdk menentu dan kdg2 tdk dapat djangka oleh manusia..inilah peringatan alam kpd manusia agar tdk bertindak bukan menurut nafsu.ttp mgajar mereka agar kembali ke pgkuan Ilahi,dan mengejar kekayaan dan kebahagiaan hakiki,bukan kebahagiaan yg sementara ini...hasilnya,kebahgiaan yg diperoleh  musnah serta-merta tanpa kerelaan...
alam bukan sengaja ingin menyusahkan manusia dgn bencana2 seperti ini..ttp ingin mengingatkan manusia apa yg perlu serta meluahkan kekesalan.apatah lg apabila terbayangkan kematian Beringin yg menyentap setiap jiwa ini yg tdk dapat dilihat oleh pancaindera manusia..''angin bermonolog sendirian..


sesungguhnya apa yg berlaku,apa yg telah alam bahaskan mengandungi hikmat di sebaliknya..manusia yg terselamat hanya mengalirkan air mata meratapi apa yg berlaku..tidak mampu utk berkata,hanya mampu melihat telatah alam..

setelah beberapa ketika alam menyepi,tenang..dan manusia mula terasa kekesalannya,namun alam tidk mampu berpatah balik..yg terjadi,biarlah berlaku,sebagai bukti,sebgai peringatan dr yg Maha Kuasa..kelihatan seorang lelaki berambut panjang dgn pakainnya yg santai perlahan2 berjalan di pesisiran pantai,sambil melihat menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan.hati tersentuh dgn kejadian2 yg berlaku di sekeliling,namun tetap mengagumi lukisan semula jadi alam semesta..kelihatan dia berfikir,dan menghayati keindahan sekelilingnya sambil di tangannya tergenggam kemas sebuah gitar..sejenak,dia melabuhkan dirinya di sebatang pohon rendang beralaskan sebatang tunggul yg usang..ttp kali ini bukanlah Beringin tua lagi,yg ada hanyalah pewaris2 yg sedang juga meniti usia nya,atau apakah yg juga bakal menerima nasib yg sama seperti Beringin tua serta kwn2 yg lain yg sudahpun tewas di tangan manusia...

 terdengar lelaki itu merinaikan sebuah lagu yg penuh perasaan sambil memetik gitarnya dgn lagu yg begitu menyayat hati....Matahari,awan,angin,laut,tanah dan alam semesta yg lain tumpang mendengar lagu yg dinyanyikan oleh lelaki itu...semua terdiam menghayati lirik2 yg didendangkan...penuh pengertian,penuh maknanya...
      ''...bapa ibunya telah lama mati,,ditelan bencana tanah ini...
          sesampainya di laut ku khabarkan semuanya...
         kepada karang,kepada Ombak,kepada matahari...
        tetapi semua diam,tetapi semuanya bisu..
       tinggal aku sendiri terpaku menatap langit...

       barangkali di sana ada jawabnya..
       mengapa di tanahku terjadi bencana...
      mungkin Tuhan mulai bosan,melihat tingkah kita...
      yang sering salah serta bangga dengan dosa2...
     atau alam mulai enggan..bersahabat dengan kita..
    cuba kita bertanya pada rumput yg bergoyang...

matahari,laut,awam,tanah dan alam semesta yg lain memandang sama sendiri selepas mendengar lagu lelaki itu...terasa bersalah menyelinap perasaan mereka takkala memikir kepayahan manusia menanggung beban bencana yg diluahkan oleh lelaki tersebut melalui liriknya.Lantas angin menghembuskan bayunya yg lembut menerobos shgga ke dalam sukma lelaki itu juga buat manusia yg lain..sbg bukti bhwa alam masih syangkan kita,juga sbg bukti Allah masih sygkan hambaNya...
perasaan bersalah menyelinap ke dalam jiwa matahari...''sudahlah,jgnlah kita merasa bersalah dgn apa yg berlaku,kita ini juga dikawal oleh Tuhan kerana kita juga adalah hambaNya..percayalah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,adlah ketentuan dan kehendak yg Maha Esa,pasti ada pengajaran dan nasihat yg ingin disampaikan oleh pencipta kita.Ssghnya Dia lebih tahu apa yg Dia lakukan dan apa yg berlaku ke atas hambaNya '' Laut memberi komentarnya agar rakan2 nya yg lain tdk merasakan terlalu bersalah.

seluruh alam berdiam diri..masing2 berharap agar alam akan menjadi lebih baik dan pulih seperti sediakala.
''wahai khalifah Allah,bersyukurlah kamu hidup di ats muka bumi Allah ini..bertindaklah sebaik2 kejadian.jgnlah mengikut nafsumu..jgnlah terlalu mengejar kemewahan dunia yg xpasti..kerana di tanah janji masih ada kemewahan yg kekal abadi'' dan apa yg berlaku dr kecuaian manusia sendiri adalah apabila ''Alam Mula Berbahasa''
                                                                                                                                       
           




Friday, March 4, 2011

      

ketika ini,teringin rasanya nak mencoret sedikit ttg perjalanan hidup aku..hemm,rupa2nya agak menarik juga berada dlm blog sdri nie,ibarat mcm aku miliki satu diari aku sdri yg mana aku dapat kongsi,luahkan sgla ilmu atau ttg aktiviti2 aku..tp apa yg aku harap,dlm blog nie,aku dapat memberi manfaat kpd diri aku sendiri,kpd teman2 aku/ssiapa ajer yg da masuk dalam blog"SEINDAH CINTA ILAHI" nie..huhu...(^_^)

sebelum nie xpernah plak aku minat nak wak blog nie,tp ble ramai jer kengkawan duk tyer,anti da blog ker??klau ada nk follow!!..huh,asyik2 jer blog..apa yg ada lam blog nie,aku cuba tgk yg kawan2 pyer..hemm,lbh kurang nak kater apa yg kita mahu kongsi,kongsi dlm blog la...ada yg criter kisah hidup dia,pgalaman pahit la,manis,kisah sahabat,perjuangan...hemm,mcm2 ada bak kata iklan ASTRO,haha...
aku cuba utk manfaatkan blog yg aku sdri pun xtahu apa yg aku nak buat dlm blog nie,aku pun msh baru lg,bru utk mencuba perkara yg baru,walaupun ia bukan perkara baru bg org2 yg bukan baru seperti aku dlm blog nie..huhuhu...aq pun pening apa yg aku tulis..ahak...=)

manfaatkan peluang yg ada,pada perkara yg baik bg memperoleh natijah yg baik dgn cara yg baik dgn niat yg baik serta mendapat kwn yg baik2..hehe..semuanya baik,barulah hidup bahagia..(n_n)..tp ada ker manusia yg hidup semuanya sempurna..mustahil!!..not everyOne in this life is perfect..apa pun pasti ada salahnya..tp jadikan kesalahan yg lalu sbg pengganti kpd kebaikan yg baru utk masa hadapan..

                                                                     -SAJE-SAJE JER-

"Hari Ini Bila Ia Datang,Jangan Biarkan Ia Berlalu Pergi..EsOk Kalau Ia Masih Bertandang,Jangan Harap Ia Akan Datang Kembali"
begitulah kata2 pujangga bahawa hidup kita nie,tidak tahu bila akan berakhir,entah2 kejap2 lg,entah2 esOk ker,entah2 pejam mata mlm nie,adlh yg terakhir kita melihat dunia..ishh,termuhasabah plak seketika..ampun maaf yer sahabat2 semua,andai silap salah ker,terkata2 xkena ker,hehe...mati xtahu bile..biarlah mati kita,sempat kita mOhon maaf pd semua smga andai Allah berkehendakkan utk diambil nyawa kita,kita sudah pun bersedia...hemm,da bersedia ker aku??!! takut nak menyatakan...rasa2 klau ty stiap org pun,pasti jwpan sama jer...
            bukan ape,itulah hakikat diri manusia nie,xakan pernah bersedia..cz manusia nie sentiasa dlm kelalaian..klaulah kata Allah nie bg peluang pd manusia utk mereka pilih waktu yg dia mahu utk diambil nyawanya,xkan pula Allah wujudkan syurga neraka,ramailah yg masuk syurga kan!!...itulah hikmahnya yg kita sdri blh pikir2 la sdri..Allah Lebih Maha Mengetahui~~


sepotong ayat Allah sbg muhasabah diri kita sama2..Firman Allah S.W.T :''Dan Tiadalah kehidupan di dunia ini,selain drpd main2 & senda gurau belaka.Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lbh baik bg org yang bertaqwa.maka tidakkah kamu memahaminya??
(SURAH AL-AN'AM 6:32)

dunia ini adalah persinggahan sementara,utk kita sampai ke kehidupan yg sebenar..di persinggahan inilah kita diberi peluang utk mencari kunci rahsia sebenar bg memasuki pintu kehidupan yg seterusnya,yakni kehidupan slps dr persinggahan ini,,,kehidupan akhirat,,seandai kunci itu,ialah kunci yg diperbuat dr campuran keimanan & ketaqwaan,nescaya pintu kebahgiaan yg bakal kita peroleh.. ttp jkalau kunci yg kita peroleh itu dr kejahilan & kekufuran,pintu kesengsaraan yg bakal kita masuki...pilihan terletak pd diri kita utk memilih kunci pintu mana yg kita mahu,,krn hidup kita,kita yg menentukan bukan org lain,ttp andainya penentuan yg kita tentukan utk diri kita itu terbaik di sisi Allah,maka baiklah jalannya..malah klau salah,salah lah jalan pilihannya...

sooo...apa yg ana gtau nie,sbg renungan sejenak..nak "oyaknya kato ore qlate la" =D...hidup ni xlari dr erti sebuah perjuangan & pengorbanan..apa pun yg kita duk sembang2 duk citer hal itu ini,semuanya berkait dgn hal kehidupan semasa kita..cz itu ana suka nak bercakap ttg erti sebuah khudapan kita krn pd ana,konsep kita berada di bumi nyata  nie,adlh konsep kehidupan,perjalanan,pengembaraan,musafir di bumi Allah,pencarian....semua itu balik kpd tujuan asal kita diwujudkan ke muka bumi ini..!!
 masalah apa pun,balik semula kpd tujuannya,pintu asalnya..jwapan sudah tersedia!!

ana juga manusia yg lemah,yg juga mencari seperti kalian semua..yg juga berusaha utk mencari keredhaan Allah..yg juga mengharap sebuah perjalanan kehidupan yg bermakna,yg sempurna..namun,Allah tidak meletakkan kita walaupun sbg manusia yg lemah,kita tidak perlu berusaha utk memajukan diri,tidak perlu kpd perubahan yg lbh baik,terus terikat dgn kelemahan yg diwujudkan..!! tp apa yg ingin ditunjukkan bhwa manusia perlu kpd pencarian,krn kelemahan yg ada itulah,yg mendorong kita utk mencari kekutan yg sebenar..selemah2 kita manusia pun,namun kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini..
kita diangkat darjat yg lebih baik dr malaikat shgga Allah sendiri menyuruh malaikat2 agar bersujud kpd Nabi Adam..tidakkah kita rasa bertuah menjadi khalifahNya!! bersyukurlah!!

bahwasanya ilmu Allah itu luas,shgga dinyatakan bhawa ilmu Allah ini tdk akn pernah habis shgga ke hari kiamat..SUBHANALLAH!! 

terasa plak ceteknyer ilmu yg ada pada aku nie..terlalu byk lg ilmu Allah yg kita tidak tahu,sehingga jikalau air2 di lautan itu digunakan utk menulis ilmu2 Allah ini masih belum cukup lg utk menulisnya walaupun ia airnya ditambah lagi...ALLAHUAKHBAR!! Maha Besar Allah S.W.T...yg memiliki segala ilmu..

ssghnya ilmu itu jalan kita utk menuju ke syurga..sabda Rasulullah :"Sesiapa yg melalui satu jalan utk mencari ilmu pengetahuan,nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"

malah malaikat juga bersama dgn org2 yg menuntut ilmu pgtahuan ini.Sabda Nabi :"sesiapa yg keluar menuntut ilmu,para malaikat akan menaunginya dgn sayap2 mereka,malaikat2 di langit pula berselawat ke atas mereka"

itulah mulianya org yg ikhlas & berusaha dlm mencari ilmu Allah S.W.T ini...

hemmm...rasanya celoteh ana pun setakat inilah dulu..nak kata coleteh,xde la plak,,cz tazkirah jer melebar..huhu..tp xpela,skrg2 nya celoteh ana nie diharap memberi manfaat jg kpd ana sendiri,& teman2 yg lain,agar apa yg ana mampu beri ini,menjadi satu pengisian yg berguna dalam halaman "SECEBIS RASA" ini...=) apa yg ana kongsi ini,adalah apa yg ana rasa,dr apa yg stakat yg ana sendiri ada..bermula dr perjalanan hidup dan pastu ilmu plak..
tp kan..sebenarnya ana pun xtahu nak tulis apa dlm laman ''secebis rasa''nie..ikut tangan & akal jer..akal fikiran kata cam2,tangan tolong tuliskan..hehehe...mungkin nmpak ''kube''sikit org qlate kato..haha,payoh dan main ngn ore klate nih,nak msuk ayat dia semace..kih3...=D

tp semoga harapan apa yg dicebiskan dlm halaman ini,ada manfaatnya...ana buknlah seorang yg pandai berkata2,xpandai nak celoteh2 nie,klau yg salah silap tu mohon maafla,aku juga insan biasa,yg masih lg mencari2 dlm khudapan ini...wallahu'alam...
 


:: SALAM PERJUANGAN UTK SEMUA ::



 

Thursday, March 3, 2011

:: MenghaYati keajaiban Yg Maha Agung ::

::kUASA ALLAH YG MEMISAHKAN LAUT & SUNGAI::

Firman Allah S.W.T :" Dan Dialah yg membiarkan dua laut mengalir(berdampingan);yg ini tawar dan segar dan yg lain sangat asing lagi pahit;dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yg tidak tembus"    (Al-Furqan:53)
       ayat di atas sudah dijelaskan kpd kita di dalam al-quran berkaitan fenomena ganjil ini sejak 14 abad yg silam..dan akhirnya terbukti pada abad 20 oleh ahli penyelam terkenal di Perancis Mr.Jacques Yves Costeau yg telah menyelam ke pelbagai dasar laut di seluruh dunia yg seandainya di antara kita biasa menonton rancangan 'discovery',beliau byk mmbuat pembikinan filem dokumentasi berkaitan keindahan alam di dasar laut.

    dikisahkan bahawa satu ketika sewaktu Mr Jacque menyelam di dasar lautan,beliau terkejut apabila menemui beberapa kumpulan mata air tawar yg segar yg sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak mlebur dgn air laut yg masin di sekelilingnya seolah2 terdapat satu dinding yg memisahkannya.itulah sebagaimana hakikatnya yg telah dibuktikan oleh Al-Quran sendiri bahawasanya wujud fenomena ajaib antara sungai & laut ini.

hari2 berlalu shgga Mr.Jacques masih dlm keadaan tertanya2,mencari jawapan bg fenomena ajaib yg ditemuinya & merasakan ia adalah satu penemuan yg begitu unik sekali.Shinggalah satu masa dia bertemu dgn seorang profesor muslim dan menceritakan kejadian ganjil itu.Kejadian itu telah membuka kunci rahsia sebenar dr
  firman Allah S.W.T :''Dia biarkan 2 lautan bertemu,di antara keduanya ada batas yg tidak boleh ditembusi''  (Ar-Rahman 19:20)..SUBHANALLAH!!
 ternyata apa yg kita temui dlm segala yg ada dlm alam semesta ini sudahpun dinyatakan oleh Allah sendiri dlm Al-Quran.itulah bukti tanda kekuasaanya bahawa tiada yg mentadbir & menciptakan alam semesta ini melainkan Allah S.W.T.

~~SUNGAI YG DIPISAHKAN DR LAUT TANDA BUKTI KEKUASAAN ALLAH YG AGUNG!!!~~




-ADAKAH MASIH RAGU ADA TUHAN SELAIN ALLAH!!-
    Dan sesungguhnya janji Allah itu benar & apa yg terkandung dalam Al-Quran itu juga benar...tanda bukti kekuasaan Nya jelas terlihat disekeliling kita,namun masih ramai lagi yg tidak bersyukur & ingkar akan Nya..fenomena ajaib yg berlaku disekeliling kita sebenarnya adlh tanda peringatan Allah kpd kita bhawa Allah itu Maha Berkuasa,Maha Hebat dlm menciptakan segala perkara2 yg mengajaibkan yg tidak terfikir di minda manusia.sbgmana juga Allah menciptakan kita dr setitis air mani dan akhirnya membesar menjadi manusia yg cukup sifat dan sempurna dgn pancainderanya..ALLAHUAKHBAR!! 
  firman Allah S.W.T.''Dan tidakkah manusia memperhatikan  bhwa kami menciptakannya dari setitis air mani,ternyata dia menjdai musuh yg nyata''


begitulah juga peringatan Allah kpd kita agar dgn bukti kekuasaan Allah ini,kita dapat renung & hayati  kebesaran Nya agar kita menjadi hamba yg bersyukur & beriman kpd-Nya.. 

SAMA2 LAH KITA RENUNGKAN !!                                                                                                                                                                   

BERKESANKAH SoLATKU??!

solat...solat!! hayya a'la solat..hayya a'la alfalah..seruan mengajak kita semua melaksanakan ibadah sOlat,adalah mjadi satu kewajipan seharian bg setiap muslim..5 kali sehari kita melaksankannya,masih blom cukup ker utk aku berjaya!! utk aku peroleh rahmatNya..hemmm...ada Firman Allah S.W.T myebut:"ssghnya solat itu mencegah dr fahsya & mungkar"..apakah solat yg aku laksanakan selama umurku ini sudah mampu mencegah aku dr perkara2 mungkar?? 

~mengapa kita masih gagal sdgkan kita sudah tunaikan solat & melaksanakn perintahnya??Delima seperti ini mjadikan kdg2 sbhgn drpd kita merasa putus asa..sbg contoh seorang pelajar akan merasakan sgla usaha & doa nya serta ibadahnya yg dilakukan hanyalah sia2 apbila dia gagal dlm pelajarannya,senario begini sudah terbiasa berlaku dlm masyarakat kita,bukan shj dlm konteks pelajar,ttp juga yg berkerjaya,yg siang hari,pagi malam mencari rezeki,harta,wang utk keperluan hidup..

~kdg2 ada jg apabila kita lihat teman2 kita yg tdk kisah,tdk ambil peduli pun hal2 solat,ttp mereka berjaya,menjadi org yg hebat,terkenal..knp pula jd begitu?? Allah tak sayang aku ker,sdgkan aku sentiasa & tdk pernah tggalkan solat??!! hmmm...inilah yg menjadikan smgt sgelintir mereka luntur dan mula rasa malas & bosan utk solat..haaa,situ pun da nmpak kita tak ikhlas kann!! (^_^) -CHECK BACK-

disinilah apa yg ingin kita semua lihat bhawa ujian dan realiti kehidupan kita sebenar di muka bumi Allah ini.kehidupan org2 islam amat bbeza dgn org2 kafir yg mana mereka ini diberi nikmat yg byk di dunia ttp mereka ttp diazab di akhirat kelak.Sebalikya,org2 islam nie,Semakin Tinggi iman mereka,Semakin besar pulalah ujian yg akan kita hadapi sebab kenapa??...sebab Allah nak bagi kita Syurga...=)

~jgnlah kita rasa ibadah yg kita laksanakan tdk mmberi apa2 manfaat kpd kita krn disebalik semua itu ketahuilah bhwa Allah mengukur sejauh mana keikhlasan kita sbnr kpdNya..walaupun hakikat smmgnya kita kata"stiap kali aku sOlat aku xpernah putus utk bermohon pd Allah agar aku berjaya dlm pelajaran,aku diberi rezeki,aku dapat apa yg aku hajati" tp ttp juga sama..
  -ketahuilah ssghnya Allah lebih Maha Mengetahui apa kputusan yg terbaik utk Dia beri kpd hambaNya..mgkn disebalik itu,ada pemberian yg lbh baik Allah mahu berikan kpd kita seandai kita sabar & Bersgka baik kpd Allah S.W.T.."kita perlu yakin bahawa Allah memang hampir dgn kita.Allah tahu apa yg kita lakukan.Allah akan berikan nikmat kejayaan itu pd diri kita walaupun ianya 10 tahun akan datang"Dan yakinlah sekiranya kita tdk mdapat nikmat itu d'dunia pasti balasannya di akhirat sana.jadi mengapa harus putus asa??

~~cuba kita Lihat kisah drpd kesabaran nabi2 terdahulu yg sentiasa bersabar dlm bermohon kpd Allah~~
      
  ( Nabi Musa & Nabi Harun telah berdoa kpd Allah agar Firaun & tenteranya dibinasakan oleh Allah S.W.T,akhirnya dikabulkan stlh 40 tahun mereka berterusan dlm keingkaran)

  (Doa Nabi Zakaria mohon utk mendapat zuriat & dimakbulkan ketika usianya sudah lanjut serta uban telah memenuhi kepalanya)

itulah berkat kesabaran & keikhlasan yg ada pd nabi2 terdahulu walaupun doa mereka lambat dikabulkan ttp mereka tdk pernah berputus asa & tdk pernah mengalah utk terus beribadah kpd Allah.knp tidak kita sama2 ambil iktibar dr perjuangan mereka ini..SUBHANALLAH..

diceritakan sebuah kisah yg berlaku ke atas Khalifah Umar Ibnu al-Khattab:
"suatu hari isteri Sayidina Umar myuruh suaminya keluar dari rumah dgn berkata,"Keluarlah,aku tidak mahu tggal bersama org2 yg Allah tidak redha."Sayidina Umar pun keluar mmbawa dirinya.tiba2 dia tersepak batu lalu berdarah.Sayidina Umar pun pulang semula ke rumah.Melihat keadaan suaminya yg berdarah,si isteri terus menyambut kepulangan suaminya dgn senyuman manisnya.

 mengapa dia senyum sdgkan sblumnya dia benar2 marah??sbnarnya dia takut kemurkaan dan kebencian Allah bersama-sama mreka yg langsung tdk ditimpa ujian"..

kisah ini blh mjadi iktibar  kpd kita semua,agar lebih positif dlm berhadapan dgn plbagai ranjau & duri kerana di sebalik ujian tersembunyi rahmat & ksh syg Allah kpd kita semua>>
INSYAALLAH..

Semoga kita menjadukan solat ini sebgai satu medan pertemuan indah kita dgn kekasih tercinta kita iaitu pencipta kita Allah S.W.T..ikhlaskanlah niat dlm melaksanakan ketaatan & ibadah kpd Nya..krn stiap amal itu bergantung pd niat kita & stiap drpdnya menjadi hitungan di sisi Allah S.W.T..
  "Ikhlaslah!! menjadi diri sndiri agar hidup penuh dgn ketenangan & keamanan."
                          "kesabaran itu diuji tanda menilai tahap keimana kita kpdNya"

                                                                                          

Wednesday, March 2, 2011

:: MENYiNGKAP KEHIDUPAN IMAN SYAFI'E ::

IMAM SYAFIE : Nama sebenar Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Muththalibi Al-Quraisyi.
Beliau dilahirkan di Ghaza,Palestin pd thun 150 H,,tempat wafat di Hasyim nenekanda Rasulullah S.A.W.Ayahnya telah meninggal dunia ketika dia masih lg kanak2..Beliau diasuh,dijaga & dididik oleh ibunya..kehidupannya amat susah & sulit.ketika berusia 2 tahun beliau dibawa ke makkah & belajar di sana,sikapnya yg begitu mencintai ilmu mjadikan dia seorang yg rajin belajar & amat cerdas.

pada usianya 7 tahun,beliau sudah menghafal al-Quran,dan ketika usia 10 tahun,beliau menghafal pula Hadith2 "Al-Muwaththa"karangan Imam Malik..dia mrupakan salah seorang anak murid kpd Imam Malik.Setelah itu,apabila usia menjangkau 15 tahun,beliau telah diizinkan mmberi fatwa.

di antara gurunya di Makkah,Soufyan bin Uyainah & mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji..setelah itu,ketika berusia 20 tahun,Imam As-Syafi'e telah berpindah ke madinah bagi memperdalamkan ilmunya dgn bergurukan Imam Malik.kemudian beliau berangkat pula ke iraq,di sana dia menemui sahabat2 Abu Hanifah & mgambil ilmu dr mereka,id samping mneruskan pengembaraannya utk mencari ilmu di bberapa tempat yg lain sperti Parsi,Iraq bhgian Utara & berbgai negara lain lg..

sesudah 2 tahun mengembara,menetap di Madinah slama 2tahun,yakni pd tahun 172-174 H,dr prjalanan tempoh inilah,beliau memeproleh byk ilmu pengetahuan & pgalaman terutama mgenai masalah kehidupan & tabiat manusia yg sebenar..seterusnya pd 195 H,berpindah ke Baghdad,mengajar & mgarang beberapa kitab,dan selama di situ jugalah telah ramai orang berpindah mazhab kepadanya.pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dgn "Qaul Qadim" ( pendapat lama ).

beliau juga pernah ke mesir adan memperdalam ilmunya di Universiti Al-Azhar,Kaherah.pendapat & fatwanya selama di mesir dinamakan pula "Qaul Jadid" ( pendapat baru )..beberapa alim ulama menuangkan buah fikirannya dlm brbagai kitab pgetahuan.di antara yg terkenal mgutip ilmunya,seperti Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam,Abu Ibrahim Ismail & A-Rabi'.

Imam As-Syafie adalah seorang imam mujtahid yg banyak diikuti alim-ulama,wali yg sOleh,seorang suku Quraisy yg amat dalam ilmu pgetahuannya,terutama mgenai Hadith..beliaulah yg dimaksudkan oleh
Rasulullah S.A.W dgn sabdanya:
" Dialah org alim dari suku Quraisy yg ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi,"...... SUBHANALLAH!!...

Ia pernah melihat Nabi S.A.W dan Rausullah memberinya sebuah neraca.peristiwa ini ditafsirkan org bhawa mazhabnya adlh paling adil di antara semua mazhab,& lbh sesuai dgn sunnah.Mazhabnya tersebar luas d'seluruh dunia,trutama dunia bhagian timur sperti dataran rendah Mesir,Palestin,Kurdistan dan Armenia.sbhgian ahli sunnah di Parsi bermazhab syafi'e.dmikian pula penganut mazhabnya byk tersebar di Sri Lanka,Philipina,Indonesia,India,Cina,Australia Dan Yaman.

Imam Ahmad menyatakan bhwa Syafi'e mmbahagi malam itu kpd 3 bhgian :
-sepertiga utk sOlat ( ibadah )..sepertiga utk ilmu & sepertiga utk tidur..Dlm sehari smlm mmbaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan ramadhan dua kali khatam,semuanya itu dibaca dlm solat.

Imam Syafi'e pernah berkata :" Aku tdk pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun,kerana byk makan itu akan mmberatkan badan,mengeraskan hati,mengurangi kecerdasan,menumpulkan otak,mmbawa kpd tidur & melemahkan kmahuan utk beribadah.Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup.baik utk kebenaran mahupun tidak"

Ditanya org bberapa mslh,kdg2 beliau diam,tdk berkata sepatah pun.Dan ketika ditanya org,knp diam,Syafi'e mjawab :"Aku diam sampai aku tahu mana yg lbh baik diam atau bercakap."Doanya makbul & tdk pernah diketahui org bhawa ia tdk pernah mmbuat dosa kecil ataupun dosa." Wallahu'alam..

akhirnya beliau wafat pada waktu asar,hari Jumaat bulan Rejab 204 H & dikebumikan di Qarafah.bbrapa tahun kemudian,org ingin memindahkan jenazahnya ke Baghdad,ttp ktika kuburnya dibongkar,terciumlah bau yg harum dr dlmnya shgga pmindahan jenazahnya itu dibatalkan.

~~itulah sebuah perkongsian utk kita semua ttg kisah suri teladan tokoh terkenal islam dunia Imam As-Syafi'e yg telah byk meninggalkan jasa & kebajikan kpd kita semua,semangat beliau dlm mencari ilmu,semoga mjadi pembakar smgt kpd kita agar kita tahu bhawa khidupan ini sebenarnya adlh sebuah perjuangan,dan perjalanan kita tdk dlm mecari & meneroka ilmu di muka bumi ini xakan pernah putus slg mana nyawa diizinkan oleh Allah S.W.T utk kita terus berada lg di bumi Allah ini.

sabda Rasulullah S.A.W:"Tuntutlah ilmu walau ke negara cina sekalipun"

wallahu'alam..semoga mjadi iktibar buat diri ana juga,dan juga kpd semua teman2 seperjuangan ana yg dahagakan ilmu pgetahuan~insyaAllah~


DUHAI WANITA SERIKANDI ISLAM!!



:: jagalah Auratmu wahai wanita sOlehah..Dirimu amat berharga,engkau adalah sebaik2 ciptaan,klembutanmu tiada tandingannya,engkau memiliki martabat yg begitu tinggi pada mata kaca islam..berbanggalah engkau diciptakan menjadi seorang wanita.

::duhai puteri2 islam,jadilah dirimu setabah hati ummi nabi Ismail,ditinggalkan suami ditengah2 padang pasir,akur tanpa membantah..mengendong bayinya yg masih merah..matinya dlm keunggulan iman,bersinar indah,harum bagai wangian pusara Masyitah.

::duhai puteri2 islam,jadilah dirimu seperti siti khadijah,yang setia & taat pd suaminya junjungan Rasulullah .S.A.W..mencintai & dicintai..berada ketika diperlukan,menjadi pendorong kekuatan suaminya,ketika yg lain menolak,dia menerima..setianya cinta hanya pada yg satu,sanggup berkorban demi perjuangan islam,memberi apa yg dimiliki kerana dia tahu erti bersyukur..

::Duhai puteri2 islam,jadilah dirimu seperti Fatimah Az-Zahra..akur tidak pernah membantah,taat patuh kpd ayahnya yg tersayang.tanggunjawab tdk pernah diabaikan,menjadi ciri wanita sOlehah,jaminan syurga..tggnjawab kpd suami saydina Ali A.S,menjadi kewajipan,dikahwinkan oleh ayahandanya tanpa bantah..itulah dia puteri Rasulullah S.A.W yg paling dicintainya.

::Duhai puteri2 islam,jadilah dirimu syuhada seperti Ainul Mardhiah..kecantikannya yg tiada tandingan,namun iman & taqwa menjadi taruhan..menanti cinta sejati,walaupun menjadi taruhan beribu pemuda..dialah wanita yg dinobat sbg syuhada dlm perjuangan islam..diberi jaminannya syurga,mahligai bahgia.itulah wanita yg tdk pernah jatuh akan panahan kecantikannya sendiri.mulianya dirimu di sisi Allah S.W.T.

~~Begitulah sedikit kisah & peribadi wanita2 pejuang islam,yg telah byk berkorban pd jln Allah..inilah yg kita mahu ada pada muslimah2 kini,agar kisah & perjuangan seperti ini tdklah hanya menjadi skdr bahan penceritaan shj,ttp biarlah ia mjadi titik langkah buat wanita2 kini utk mencari jalan yg sebnar..pejuang2 inilah yg sepatutnya kita jadikan idola spjg khudapan kita..semangat,ketabahan,keyakinan,kepatuhan yg ada pd diri mujahidah2 contoh inilah,yg blh kita ambil sbg iktibar utk kita jua memperoleh syurga,cinta,Rahmat & kasih sayang Allah S.W.T..tidakkah kita mahu!! semestinya ana yakin,setiap wanita mahu yg terbaik dlm khudapan mereka sbg mujahidah2 yg Allah Redhai spjg masa..semOga Allah menetapkan hati kita semua pd jalan-NYA & sentiasa mjadikan diri kita wanita2 solehah yg diredhai-NYA.."Dunia adlh perhiasan,seindah hiasan adlh wanita sOlehah"...

:: JAGALAH AURATMU KERANA ITULAH MARUAHMU & PERISAI DIRIMU ::

wallahu'alam...